Pages

Karnival Inforama diadakan di Sekolah Menengah Rimba pada hari Selasa 26 Mei hingga hari Khamis 28 Mei 2009.

Sekolah Rendah Dato Marsal telah mengikuti karnival tersebut bagi mempamerkan penggunaan Activote di dalam pengajaran dan pembelajaran ICT.

Nurul Aqilah dan Arif Azhan


ACTIVOTE




Banyak penuntut-penuntut yang melawat bertanya dan ingin tahu tentang penggunaan Activote.


Arif Azhan sedang menerangkan kepada penuntut-penuntut yang melawat tentang Activote.








BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Lebih 200 murid dari 13 sekolah rendah beraksi dalam Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan II A yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

Kejohanan menyaksikan atlet muda dari 10 sekolah rendah kerajaan dan tiga sekolah swasta dari Kawasan Brunei II A menunjukkan kemampuan mereka untuk merebut kejuaraan dalam acara padang dan balapan.

Sekolah Rendah Dato Marsal muncul juara keseluruhan dengan mengumpul enam pingat emas, dua perak dan enam gangsa.

Temasya olahraga itu dikendalikan bersama Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 dan Sekolah Rendah Pulaie serta dianjurkan Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Hadir selaku tetamu kehormat dan kemudian menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Penyelia Kanan Daerah Brunei II dan IV, Jabatan Sekolah-Sekolah, Haji Nasir Matali.

MEDIA PERMATA 11.05.2009