Pages

Khamis 30hb Julai 2009

Projek Live@edu ini menyediakan peluang kepada pelajar, kakitangan, institusi-institusi dan alumni bagi jangka masa panjang untuk berkomunikasi secara online selain dapat menolong mengurangkan permasalahan.

Pelaksanaan ICT merentasi kurikulum di semua peringkat institusi pendidikan melalui Pelan Strategik e-Education merupakan sebahagian dari usaha untuk memenuhi Wawasan Negara 2035 ke arah menjadikan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam berilmu, bertimbang rasa, memiliki berbagai kemahiran, kompetitif dan pintar.


Misi kementerian adalah untuk membolehkan semua yang terlibat akses kepada e-Education dengan menyediakan asas yang kukuh dalam ICT untuk mencapai kecemerlangan dalam pembinaan keupayaan manusia melalui SPN 21 yang menekankan kepada sains, matematik, bahasa Inggeris tanpa meninggalkan Pengetahuan Agama Islam, bahasa Melayu dan mata pelajaran Melayu Islam Beraja.



Satu demonstrasi penggunaan ‘Live@Edu Online Collaboration Tool’ juga ditunjukkan di majlis itu.


Thursday, 23rd July 2009.
25 pupils had been selected in the final Spelling Bee Competition for Year 5 and 6 pupils. The event was held at the Year 6 class at 9 am. The winner of the final Spelling Bee was Mohd Syafiq bin Sabli from Year 6B. Insyallah, Syafiq will be representing the school at the school- level Competition soon.



By: Ms. SiLa.
Year 6 English Teacher.
Setiap pagi sebelum memasuki bilik darjah masing-masing, setiap murid akan diambil suhu badan sebagai langkah pencegahan influenza A(H1N1). Bagi murid yang didapati bersuhu badan tinggi, mengalami demam, batuk dan selsema, dinasihatkan supaya ibubapa membawa mereka balik.





Rabu, 1 Julai 2009
9.00 pagi
ICT Lab 1
SR Dato Marsal

Live @ Edu bersama Cikgu Shahrizal Hj. Emran dari Jabatan ICT Kementerian Pendidikan

Cikgu Shahrizal bersama-sama semua guru SR Dato Marsal mengaktifkan akaun e-mel masing-masing.



Cikgu Shahrizal juga menerangkan serba sedikit tentang kemudahan yang terdapat di dalam akaun live@edu tersebut.

Rabu, 1 Julai 2009
12.30 tengahari

Majlis Perpisahan bagi dua orang guru/pegawai yang telah diadakan di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

Cikgu Mohd. Hilmey bin Hj. Md. Yassin telah berpindah ke Jabatan Kokurikulum dan Cikgu Mila Haziman bin Hj Lazim sekarang bertugas di Sekolah Rendah Sungai Kebun.




Majlis sambutan harijadi bagi guru-guru yang hari lahirnya jatuh pada bulan Mei. Jun dan Julai juga diselajurkan pada hari tersebut.


Harijadi Guru Besar juga sempat diraikan.