Pages

Khamis 30hb Julai 2009

Projek Live@edu ini menyediakan peluang kepada pelajar, kakitangan, institusi-institusi dan alumni bagi jangka masa panjang untuk berkomunikasi secara online selain dapat menolong mengurangkan permasalahan.

Pelaksanaan ICT merentasi kurikulum di semua peringkat institusi pendidikan melalui Pelan Strategik e-Education merupakan sebahagian dari usaha untuk memenuhi Wawasan Negara 2035 ke arah menjadikan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam berilmu, bertimbang rasa, memiliki berbagai kemahiran, kompetitif dan pintar.


Misi kementerian adalah untuk membolehkan semua yang terlibat akses kepada e-Education dengan menyediakan asas yang kukuh dalam ICT untuk mencapai kecemerlangan dalam pembinaan keupayaan manusia melalui SPN 21 yang menekankan kepada sains, matematik, bahasa Inggeris tanpa meninggalkan Pengetahuan Agama Islam, bahasa Melayu dan mata pelajaran Melayu Islam Beraja.



Satu demonstrasi penggunaan ‘Live@Edu Online Collaboration Tool’ juga ditunjukkan di majlis itu.

0 comments:

Post a Comment