Pages

Latihan diadakan pada kira-kira pukul 8.15 pagi. Semua guru telah dimaklumkan pada awal pagi mengenai latihan kecemasan tersebut. Makluman dibuat oleh ketua Unit Bangunan SR Dato Marsal, Ustaz Ak. Mohd Nur Razaliegh. Walau bagaimanapun, guru-guru tidak mengetahui sebelumnya, bila (masa) latihan akan dijalankan.


Murid-murid dari Blok B telah diarahkan berkumpul di tempat letak kereta berdepanan dengan pagar sekolah. Perkumpulan guru dan murid dari Blok B mengambil masa sebanyak 8 minit 15 saat. Ini adalah kerana dua orang murid dari Tahun 5 didapati tidak berada di tempat perkumpulan. Masa pencarian murid-murid tersebut mengambil masa kira-kira 3 minit.

Guru kelas memastikan semua murid berada di tempat perkumpulan (Assembly Point). Guru kelas diwajibkan membawa senarai nama murid mereka masing-masing.

Assambly point bagi murid dan guru yang berada di Blok A adalah di padang sekolah. Perkumpulan guru dan murid pada latihan tersebut mengambil masa 3 minit 18 saat.

Setelah selesai latihan kecemasan, semua guru dan murid diarahkan berkumpul di tempat perkumpulan pagi bagi mendengarkan maklumbalas daripada ahli jawatankuasa.


Ketua Unit Bangunan, Ustaz Ak. Muhd. Nur Razaliegh

PGB 1 membuat sedikit ulasan dari latihan tersebut.

Murid menjawab soalan bagi nombor kecemasan pihak Bomba.. 995

Dua orang murid yang sengaja ditempatkan di dalam bilik guru semasa latihan kecemasan. Guru kelas mereka menyedari hal ini, dan telah melaporkan kepada pihak ahli jawatankuasa.


0 comments:

Post a Comment